4 Jenis Kulit Manusia Yang Perlu Kita Tahu

Hai wanita-wanita cantik yang membaca post ini 😘
.
Hari ini saya nak share tentang jenis kulit.
Supaya anda semua tahu mengenali jenis kulit masing masing2 😉
.
Penting  untuk kita tahu jenis kulit kerana senang untuk kita menyesuaikan jenis produk berdasarkan jenis kulit kita kerana kulit kita hanya satu dan tiada ganti, berilah yang terbaik untuk kulit kita.

Ada 4 jenis kulit umumnya iaitu :

💋Kulit normal

Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah,  tekstur kulit sangat lembut dan mempunyai liang roma yang kecil dan mempunyai kandungan air yang cukup. Hanya sesekali anda akan mendapat jerawat,  jeragat atau bintik hitam. .
.
💓Kulit kering

Sebum yang dihasilkan oleh kulit kering sangat kurang.  Jadi wajah akan kelihatan kurang berkilat serta sentiasa kusam dan liang roma kelihatan terlalu kecil atau tidak kelihatan. Kulit seperti ini kadangkala mengelupas dan memberi efek yang sangat tidak selesa. .
.
🌸Kulit berminyak

Kulit berminyak merupakan jenis kulit yang tidak disukai oleh kebanyakan wanita. Ianya menghasilkan sebum yang banyak sehingga ianya jelas tampak diwajah.  Kilatan yang dihasilkan memberi impak yang buruk. Liang pori yang besar menyebabkan mudahnya terjadi jerawat. .

🌺Kulit kombinasi

Ia mengabungkan ketiga tiga jenis kulit . Normal,  berminyak dan kering. Biasanya Tempat yang kering adalah disekitar pipi dan berminyak dibahagian dahi serta hidung. .

Mudahkan untuk mengetahui jenis kulit wajah kita....
Sayangilah kulit kita sndiri..kalau kita tak jaga dari sekarang takut muka akan tua sblm waktunye 😱
.
Buatlah pilihan bijak skrng 😉

Mahukan kulit cantik semasa muda

ATAU

Mahukan kulit yang sihat dan cantik sampai tua



Mary Kay Independent Beauty Consultant
Nur Hazrita Abdul Kahar
0125785845

No comments:

Copyright to Marykay Independent Beauty Consultant
Designed by UMIESUEstudio 2016