Rahsia Awet muda dengan Mary Kay Softener

Rahsia Awet Muda!
===============

AIR!!💧💧💧

AIR??💧💧💧

Ye AIR.💧💧💧

💧💧💧Air apa? 💧Air putih je. Kalau 💧air mineral, 💧air tapis atau 💧air beralkali lagi bagus. 👍

❄Kita sedia maklum air memang penting untuk badan. Nak sihat, nak kurus, nak cergas, nak cerdas...semua perlukan air. Nak awet muda pun perlukan air.

❄Cukup ke sekadar minum air je. Jawapan saya tak cukup.

❄Bila kita minum air, air akan dibekalkan kepada organ-organ penting dulu seperti otak, jantung & buah pinggang. Akhir sekali baru kulit. Bila sampai kat kulit pulak, air ni mudah hilang tau.

❄Cuaca panas, peluh berlebihan, aircond, pencemaran udara, mandi air panas, guna produk yang ada bahan kimia berbahaya, guna sabun.... Semua ni menyebabkan kulit cepat kering. So macamana nak awet muda kalau kulit kering?

❄Penyelesaiannya ialah guna produk yang mengandungi Sodium Hyaluronate. Pernah dengar Asid Hyaluronic? Ia adalah salah satu elemen semulajadi yang terdapat dalam lapisan dermis kulit. Berfungsi untuk menarik & memerangkap air & memastikan lembapan kulit seimbang. Antara ciri kulit awet muda ialah mempunyai lembapan yang seimbang. Ia juga membantu memulihkan sel kulit yang rosak akibat terdedah kepada sinar uv, pencemaran udara & penggunaan produk berisiko tinggi.

❄Sodium Hyaluronate pula ialah sejenis garam yang diperolehi dari Asid Hyaluronic. Ia berfungsi & mempunyai kebaikan sama seperti Asid Hyaluronic tetapi ia ada satu lagi kelebihan iaitu ia lebih mudah menyerap ke dalam kulit.

❄Jadi bila kita menggunakan produk yang mengandungi Sodium Hyaluronate ini, kulit kita akan serta merta mendapat kebaikan Asid Hyaluronic. Kulit yang segar & seimbang akan menjadi sihat, segar,  kuat, anjal & tiada garis halus. Barulah awet muda!

❄Nak tahu produk apa yang saya gunakan?

❄Saya beritahu 1 dulu ye. 😊

💖Timewise Moisture Renewing Softener💖

❄Softener adalah dalam keluarga toner. Digunakan setiap kali selepas mencuci muka. Berfungsi sebagai :

1) bilasan terakhir untuk pastikan tiada sisa kotoran tertinggal selepas mencuci.
2) apa sahaja serum & pelembap yang disapu selepasnya menyerap dengan lebih baik.

❄Disebabkan Softener mengandungi Sodium Hyaluronate, kulit akan serta merta terasa lembap & sangat segar. Ia juga mengandungi bahan yang mampu memperbaiki matrix derma kulit supaya sokongan kulit lebih teguh. Hasilnya kulit lebih anjal & liang pori mengecil.

❄Satu lagi keistimewaan Softener ini ialah ia mengandungi extract acai berry yang kaya dengan anti-oksidan . Ia dapat meneutralkan radikal bebas yang menyebabkan kulit kusam 80 kali lebih pantas dari teh hijau!

❄Siapa yang memerlukan Softener?
❤ Anda yang inginkan kulit yang seimbang (tak terlalu kering, tak terlalu berminyak)
❤ Anda yang ingin mengecilkan liang pori
❤ Anda yang perlukan perlindungan tambahan terutama yang sering terdedah kepada cuaca panas, aircond, pencemaran udara
❤ Anda yang ingin pulihkan kulit akibat penggunaan produk berisiko tinggi.




Mary Kay Independent Beauty Consultant
Nur Hazrita Abdul Kahar
0125785845

Lipbalm Mary Kay memang terbaik

Salam semua dan hai ..moga yang sedang membaca post ini dimurahkan rezeki amin amin...

ok hari ni saya nak share satu testimoni yang terbaik berkenaan dengan lipbalm Mary Kay.

Bulan lepas, kawan saya ada msg bertanya sama ada Mary Kay ada tak lipbalm sebab dia nak cari yang boleh lembapkan bibir dia semasa dia di Mekah nanti. Oh ya rezeki kawan saya ni muda2 lagi Allah dah jemput beliau ke Mekah.

Dan hari ni beliau komen di post saya di facebook mengatakan lipbalm ni mmg terbaik ,masih kekalkan lembapan dibibir beliau walau suhu di Mekah sekarang 41 darjah celcius. Huh panasnya kan, boleh pecah bibir kita. Tapi menakjubkan lipbalm Mary Kay buat bibir beliay masih kekal cantik lembap dan tidak merekah. Alhamdulillah saya sangat happy bila dapat feedback begini.


Ok memang terbukti dah lipbalm Mary Kay ni memang best tau. Harga pula tak mahal dan mampu milik. Walau satu tiub kecil ja ia tahan lama sebab kita gunakan dalam kuantiti yang sedikit sahaja. 

Kalau berminat boleh hubungi saya

Mary Kay Independent Beauty Consultant
Nur Hazrita Abdul Kahar 
0125785845

4 Jenis Kulit Manusia Yang Perlu Kita Tahu

Hai wanita-wanita cantik yang membaca post ini 😘
.
Hari ini saya nak share tentang jenis kulit.
Supaya anda semua tahu mengenali jenis kulit masing masing2 😉
.
Penting  untuk kita tahu jenis kulit kerana senang untuk kita menyesuaikan jenis produk berdasarkan jenis kulit kita kerana kulit kita hanya satu dan tiada ganti, berilah yang terbaik untuk kulit kita.

Ada 4 jenis kulit umumnya iaitu :

💋Kulit normal

Jumlah minyak semula jadi atau sebum yang dihasilkan amat rendah,  tekstur kulit sangat lembut dan mempunyai liang roma yang kecil dan mempunyai kandungan air yang cukup. Hanya sesekali anda akan mendapat jerawat,  jeragat atau bintik hitam. .
.
💓Kulit kering

Sebum yang dihasilkan oleh kulit kering sangat kurang.  Jadi wajah akan kelihatan kurang berkilat serta sentiasa kusam dan liang roma kelihatan terlalu kecil atau tidak kelihatan. Kulit seperti ini kadangkala mengelupas dan memberi efek yang sangat tidak selesa. .
.
🌸Kulit berminyak

Kulit berminyak merupakan jenis kulit yang tidak disukai oleh kebanyakan wanita. Ianya menghasilkan sebum yang banyak sehingga ianya jelas tampak diwajah.  Kilatan yang dihasilkan memberi impak yang buruk. Liang pori yang besar menyebabkan mudahnya terjadi jerawat. .

🌺Kulit kombinasi

Ia mengabungkan ketiga tiga jenis kulit . Normal,  berminyak dan kering. Biasanya Tempat yang kering adalah disekitar pipi dan berminyak dibahagian dahi serta hidung. .

Mudahkan untuk mengetahui jenis kulit wajah kita....
Sayangilah kulit kita sndiri..kalau kita tak jaga dari sekarang takut muka akan tua sblm waktunye 😱
.
Buatlah pilihan bijak skrng 😉

Mahukan kulit cantik semasa muda

ATAU

Mahukan kulit yang sihat dan cantik sampai tua



Mary Kay Independent Beauty Consultant
Nur Hazrita Abdul Kahar
0125785845
Copyright to Marykay Independent Beauty Consultant
Designed by UMIESUEstudio 2016