Langkah Kejayaan Pertama - KURSUS ESRS

Saya mula join sebagai Marykay Independent Beauty Consultant pada 1 December 2015 yang lepas. 
Kenapa saya berminat dengan Marykay adalah disebabkan jatuh cinta dengan produk-produknya terutama selepas kawan saya merangkap Recruiter saya, shida telah datang ke rumah saya untuk buat Skin Care Class iaitu SCC. Selain daripada itu saya juga mencuba lips spa dan hand spa. Wah memang memuaskan hati. Kulit terasa lembut licin, bibir terasa ringan ja dan lebih cerah nampak sihat, saya ni jenis bibir kering dan mengelupas. Tangan juga terasa lembut dan halus selepas hand spa. Terus saya fikir bagus juga kalau saya share dengan keluarga dan kawan-kawan produk-produk dari Marykay ni. Sebab terbukti memang bagus dan best. Harganya pula berpatutan dan mampu milik.Terus saya bagitahu shida saya nak sign up sebagai beauty consultant. 

Dan sebagai langkah pertama untuk menjadi seorang beauty consultant saya perlu menghadiri Kursus ESRS iaitu ESSENTIAL STEP TO REACH SUCCESS. Kursus ini adalah kursus tahap pertama bagi Beauty Consultant Marykay, dimana kita akan belajar tentang Mary Kay secara basic. Bukan sahaja untuk mendapatkan ilmu bisnes tapi juga untuk kita mengenal kulit, fungsi dan cara menjaganya sebaik mungkin. Kerana bila kita dah mengenal kulit barulah kita ada ilmu untuk menganalisa kulit mereka yang bermasalah dan memerlukan bantuan kita.

Kenapa saya join KURSUS ESRS di Mary Kay?

  1. Kerana saya ingin berjaya seperti ramai lagi successfull woman leaders dalam Mary Kay. Oleh kerana mereka telah melalui stage ini, jadi saya perlu tempuhinya juga dan menjadi seperti MEREKA!
  2. Kerana saya ingin mendapat ilmu mengenai kulit kerana sebelum ini walau pernah belajar sains di sekolah tapi dah lupa hehe, dulu hanya belajar untuk lulus exam je kan.
  3. Saya ingin belajar cara-cara bagaimana mahu memulakan bisnes Mary Kay. Teknik-teknik jualan dan approach bakal pelanggan.
  4. Saya ingin tahu pelan perniagaan yang ditawarkan oleh Marykay dan bagaimana saya boleh jana pendapatan seperti yang saya mahu serta apa pangkat-pangkat yang ada dalam MaryKay.
Apa yang saya belajar dalam kursus ini ialah :

  • Kenal Siapakah sebenarnya Mary Kay
  • Meneroka dan merealiasikan impian atau GOAL kita
  • Nilai dalam Mary Kay iaitu Kepercayaan (Tuhan),Keluarga,Kerjaya
  • Konsep Go Give dan Golden Rule Basic
  • Pengetahuan tentang produk
  • Teknik berkesan menjual produk Mary Kay
  • Kenal pasti jenis-jenis kulit dan masalah-masalah kulit
  • Pengurusan dalam perniagaan termasuk masa, wang dan inventori
  • Laluan kerjaya dan seminar

Dan sebagai penghargaan saya dapat semua ni dari MaryKay

  • Baucer RM200 yang akan ditolak dari total order saya
  • Planner Marykay
  • Creme Lipstik 
  • Sijil ESRS
  • Pin ESRS
Terasa begitu dihargai sangat.

Balik dari kursus ESRS terus bersemangat untuk berjaya dalam Marykay.Apa yang perlu dilakukan hanyalah berusaha dan YAKIN pasti saya akan berjaya. Insyaallah.

Gambar-gambar kenangan masa Kursus ESRS 

Hari Pertama ESRS bersama pinat a.k.a my team :)

Hari ke2 esrs (Pregnant baby ke 3 ni 32 minggu)

Hari ke 2 esrs



sijil esrs

pin esrs 







2 comments:

Alia Farhan said...

Tahniah beb

hazritakahar said...

alhamdulillah tq beb..genap setahun ..tuaian dah berhasil

Copyright to Marykay Independent Beauty Consultant
Designed by UMIESUEstudio 2016